[EKSKLUSIF] 'Bawa lebih muatan demi komisen'
Iklan
Antara pemandu lori yang disaman JPJ kerana membawa lebih muatan dalam Ops Mammoth di Kuantan, Pahang pada Khamis.
KUANTAN -"Saya terpaksa bawa lebih muatan untuk dapat komisen sebanyak RM300 sehari,” kata pemandu lori yang mahu dikenali sebagai Mohd.
Mohd berusia 40-an berkata, komisen dikira berdasarkan berat muatan pada harga RM7 setiap tan dan trip (perjalanan penghantaran) yang dilakukan dalam tempoh sehari.