[EKSKLUSIF] Risikan Ops Mammoth dilakukan secara senyap
Iklan
Lokman (dua dari kanan) sedang menyoal siasat salah seorang pemandu lori dalam Ops Mammoth yang dilaksanakan di Kuantan, Pahang pada Khamis.
KUANTAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan risikan dan operasi secara senyap terhadap aktiviti lori bawa muatan berlebihan atau dikenali sebagai Ops Mammoth di sini, pada Khamis.
Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, antara cabaran sepanjang tempoh operasi tersebut ialah pihaknya mengesan pengusaha lori menggunakan khidmat tonto.