Ke mana kami mahu pergi?
Iklan
Lebih 6,000 penduduk telah dipindahkan selepas Empangan Kakhovka musnah dan menenggelamkan lebih 80 buah kampung dan bandar. - AFP
KIEV - Ribuan penduduk Nova Kakhovka hilang arah apabila terpaksa menyelamatkan diri susulan kejadian Empangan Kakhovka di Kherson musnah di tengah-tengah konflik Rusia-Ukraine yang tiada berkesudahan.
Insiden itu menambahkan lagi kekecewaan penduduk yang selepas ini terpaksa berhadapan satu lagi kemungkinan bencana kemanusiaan termasuk penyakit bawaan air.