Malaysia perlu UMNO yang berubah
Iklan
Pilihan Raya Negeri kali ini sekali lagi menjadi ujian genting buat UMNO. - Foto Bernama
UMNO bukan parti keutamaan saya. Pengundi liberal seperti saya juga bukan keutamaan UMNO, namun sejak kejatuhan UMNO pada 2018, saya berasakan Malaysia perlukan UMNO yang berubah.
Pada 2018, Malaysia perlukan UMNO sebagai pembangkang yang membina dan suatu hari nanti mampu bangkit menggantikan Pakatan Harapan (PH).