Sains mengubah sukan kita
Iklan
Semua pihak yang terkait dengan pembangunan sukan perlu juga berfikir sejauh mana dapat memasukkan citra saintifik dalam sukan kita. - Gambar hiasan 123RF
KITA semua baharu sahaja menyaksikan prestasi buruk kontinjen negara di Sukan SEA, di Kemboja. Seperti biasa, kita jarang bercakap tentang penyelesaian. Banyaknya kita mencari siapa yang sebenarnya patut dipersalahkan.
Di seluruh dunia, manusia mencari pelbagai cara untuk menang dalam sukan. Sebab mereka tahu, bakat semata-mata tak memadai. Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi mungkin antara bintang sukan yang masyhur dan dikenali semua orang. Tetapi walaupun mereka berbakat, mereka perlukan pemain lain yang mengatur strategi untuk mereka. Tak semua orang juga memiliki aura luar biasa seperti mereka.