Pakatan UMNO-PH, risiko yang berbeza
Iklan
Pilihan raya di enam buah negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi akan menguji sejauh manakah Pakatan UMNO dan PH dapat menarik sokongan para pengundi. - Gambar hiasan
ANDAI kita berpegang kepada kata-kata ‘seminggu adalah suatu tempoh yang lama dalam politik, apatah lagi beberapa bulan’, maka ia berpotensi mengubah landskap sepenuhnya.
Kalau dahulu konsep ‘jajaran baharu’ itu seakan mustahil dibayangkan, kini kerjasama antara Barisan Nasional (BN), yang dikuasai oleh UMNO dan Pakatan Harapan (PH) semakin terbuka dan nyata.