'Tiada keperluan tambat ringgit'
Iklan
Walaupun Ringgit Malaysia mengalami turun naik serta agak agresif, tetapi sistem perbankan masih stabil. Gambar kecil: Mohd Afzanizam dan Aimi Zulhazmi
SHAH ALAM - Dasar tambatan ringgit tidak sesuai dilaksanakan kerana kemerosotan nilai ringgit kini berlaku bukan disebabkan kelemahan sistem perbankan seperti tahun 1998.
Ketua Penganalisis Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, walaupun Ringgit Malaysia mengalami turun naik serta agak agresif, tetapi sistem perbankan masih stabil dan mempunyai modal yang mencukupi serta kecairan tinggi.