5 faktor X Anwar layak jadi PMX
Iklan
Keratan laporan Sinar Harian pada Rabu mengenai prestasi Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.
LIMA faktor dikenal pasti pemerhati politik yang meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu paling sesuai menjadi Perdana Menteri seperti dilaporkan pusat penyelidikan, Endeavour-MGC.
Antara faktor utama yang mendorong peningkatan populariti Anwar ialah kerana beliau mendapat sokongan padu lebih dua pertiga atau 148 daripada 222 Ahli Dewan Rakyat selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).