Langkah drastik naikkan ringgit
Iklan
Kestabilan politik dikatakan mampu menyelamatkan ringgit daripada terus merudum. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Faisol, Wan Ahmad Fayhsal)
SHAH ALAM - Pakar ekonomi dan kewangan mengesyorkan beberapa langkah drastik yang boleh diambil kerajaan dalam menangani isu kejatuhan nilai ringgit Malaysia.
Penganalisis ekonomi, Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, langkah paling penting untuk dilakukan ketika ini adalah mengukuhkan kestabilan politik negara.