Lima cara banteras isu kartel
Iklan
Menteri KPDN mendedahkan pasukan penguatkuasaan sering berdepan ugutan dan ancaman bunuh daripada pihak tertentu sepanjang melakukan pemantauan aktiviti penyeludupan minyak masak daripada kartel-kartel di negara ini. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Pakar kriminologi menjelaskan lima langkah yang boleh dilakukan oleh penguat kuasa untuk mengatasi masalah kartel melibatkan ugutan serta ancaman bunuh kepada pihak berkenaan.
Menurut pensyarah di Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia, Dr Zalmizy Hussin, cara pertama yang boleh dilakukan adalah melalui penguatkuasaan undang-undang lebih ketat.