Ukraine siap siaga serang balas!
Iklan
Bandar Bakhmut kini menjadi medan pertempuran utama konflik tersebut.
Operasi gempur tentera musuh bakal dilancarkan dalam waktu terdekat
KIEV - Pasukan tentera Ukraine bersiap sedia melancarkan kempen serangan balas ke atas musuh yang digembar-gemburkan sejak beberapa bulan lalu.
Amaran itu diberikan Ketua Majlis Keselamatan dan Pertahanan Negara, Aleksey Danilov pada akhir minggu lalu setelah khabar angin mula tersebar tentang operasi untuk menggempur tentera Rusia yang melancarkan pencerobohan sejak Februari 2022.