Pupuk tabiat membaca elak ketagih media sosial
Iklan
Penyediaan sudut bacaan di rumah, taman perumahan dan institusi juga boleh dilakukan sebagai salah satu langkah menggalakkan tabiat membaca. - Foto123RF (Gambar kecil: Awang)
SHAH ALAM - Kerajaan perlu merancang secara bersepadu untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini terutamanya golongan muda bagi mengurangkan kebergantungan terhadap media sosial yang semakin membimbangkan ketika ini.
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata, peranan penting itu perlu digerakkan melalui usaha semua pihak, termasuk ibu bapa dan anggota keluarga.