Jenayah hidupan liar: 33 diberkas, rampasan RM6.8 juta
Iklan
Antara khemah haram yang pemburu dikesan didirikan di hutan untuk operasi mencari hidupan liar. Gambar kecil: Abdul Kadir
KUALA LUMPUR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap seramai 33 individu dengan nilai rampasan berjumlah RM6.8 juta membabitkan jenayah hidupan liar bagi tempoh empat bulan tahun ini setakat April.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, sepanjang tempoh itu, pihaknya telah membuka 700 kertas siasatan termasuk 29 dalam kategori jenayah.