Berbaloi ulang-alik setiap hari
Iklan
Kesesakan Tambak Johor pada awal pagi antara cabaran yang perlu ditempuh pekerja Malaysia di Singapura untuk memperoleh pendapatan lumayan.
Rakyat Malaysia bekerja di negara jiran itu peroleh pendapatan lumayan, ramai sudah mampu beli rumah sendiri
JOHOR BAHRU - Kenaikan nilai mata wang Dolar Singapura (SGD) berbanding Ringgit Malaysia (RM) memberi hikmah kepada rakyat negara ini yang bekerja di republik itu.
Dianggarkan hampir 400,000 rakyat Malaysia berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura untuk bekerja di negara jiran itu, sama ada merentasi Tambak Johor atau menerusi Laluan Kedua Malaysia - Singapura (Linkedua).