Mengiktiraf media sebagai jagawan
Iklan
Sambutan Hawana 2023 yang bertemakan 'Media Bebas, Tunjang Demokrasi' pada 27 hingga 29 Mei ini dijadual berlangsung di Casuarina, Meru, Ipoh akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. - Foto Bernama
HARI Wartawan Nasional (Hawana) sepatutnya disambut esok – 29 Mei tetapi atas sebab-sebab logistik, kemuncak perayaan Hawana berlangsung petang ini di sebuah hotel di Ipoh, Perak.
Lebih 800 pengamal dan pemilik serta penerbit media dijangka menghadiri perhimpunan yang bertujuan mengiktiraf sumbangan mereka dalam pembangunan negara dan menyuburkan demokrasi.