Sampah dan kesesakan manusia di puncak dunia
Iklan
Pencairan glasier di Gunung Everest secara tidak langsung mendedahkan timbunan sisa buangan beberapa dekad lalu yang kembali 'timbul' sekali gus menggambarkan tabiat buruk pendaki gunung tertinggi dunia itu.
KATHMANDU - Di Nepal, Gunung Everest dikenali sebagai ‘Sagarmatha’ yang membawa maksud ‘dahi di langit’.
Berketinggian 8,849 meter (m) atau 29,032 kaki, Everest lebih tinggi dari aras laut berbanding mana-mana gunung lain di dunia.