Hantu raya dalam industri buku
Iklan
Pasaran buku sepatutnya bebas dan tidak dikawal oleh mana-mana pihak - Gambar hiasan 123RF
SAYA pernah mendengar cakap-cakap mengenainya lebih 30 tahun lepas ketika menjalani praktikal (intern) di sebuah syarikat penerbitan. Sebagai orang baharu yang berstatus penempel dalam industri, saya buat kisah tak kisah sahaja.
Pertama, sebab tidak berapa faham dan kedua, sebab tidak berapa menarik. Lainlah kalau cakap-cakap mengenai Salwa Abdul Rahman atau Fauziah Latiff, apatah lagi Sofea Jane.