Perlu lebih masa fahami mansuh jenayah bunuh diri
Iklan
Tidak wajar menghukum mereka yang melakukan percubaan bunuh diri ini sebagai pelaku jenayah, sebaliknya mereka adalah orang yang perlu diberi perhatian dan kaunseling yang sepatutnya. - Gambar hiasan 123RF, gambar kecil dari kiri: Intan Aidura, Mohd Hazmi
MASYARAKAT masih memerlukan lebih masa untuk menerima dan memahami kepentingan pemansuhan jenayah percubaan bunuh diri yang bersifat punitif kepada kaedah rawatan terapi atau perubatan psikologi.
Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli berkata, inisiatif menghapuskan stigma masyarakat terhadap perbuatan cubaan bunuh diri itu akan mengambil masa yang lama dengan kesedaran serta didikan sosial perlu diterapkan dari satu generasi ke generasi lain.