Jalan berliku Pita Limjaroenrat untuk jadi PM Thailand
Iklan
Kemenangan Pita menjadi wake up call kepada junta tentera.
"Detik ini merupakan hari baharu dan mudah-mudahan ia terus bersinar serta membawa harapan yang cerah.”
Kenyataan itu dikeluarkan Pita Limjaroenrat ketika sidang media, beberapa jam selepas keputusan pilihan raya yang berpihak kepada parti pimpinannya, Parti Move Forward (MFP) yang melayakkannya untuk bergelar Perdana Menteri Thailand seterusnya.