Ibrah polemik kalimah ALLAH
Iklan
SIB memfailkan notis pemberhentian semakan kehakiman kes kalimah ALLAH di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 April lalu.
UMAT Islam terkejut dengan pendedahan tiba-tiba keputusan unilateral pihak kerajaan menarik balik rayuan mereka dalam kes Jill Ireland yang mempunyai kaitan tentang penggunaan kalimah ALLAH dan kalimah-kalimah lain yang berakar umbi kepada agama Islam.
Ramailah yang bercakap mengenai penarikan balik rayuan tersebut walaupun mungkin tidak pernah membaca penghakiman kes ini di mahkamah tinggi dan kes-kes berkaitan sebelum daripada ini.