Tanggungjawab sokong calon BN-PH pada PRN
Iklan
Wawancara eksklusif bersama Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Menara Dato Onn pada Selasa. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
KONVENSYEN Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu berakhir dengan 19 buah parti bersepakat untuk menoktahkan permusuhan di antara mereka demi menjamin kestabilan politik di negara ini.
Hakikatnya, kejayaan konvensyen itu belum memadamkan keraguan bahawa gandingan koalisi mega di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri kelak, mungkin tidak menghasilkan keputusan seperti diharapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.