Pintu UMNO kembali perkukuh MN masih terbuka luas
Iklan
Ahmad Zahid dan Abdul Hadi berpelukan selepas menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 September 2019. Gambar kecil dari kiri: Mahfodz, Hisommudin
PINTU untuk UMNO kembali mengukuhkan semangat kerjasama politik bersama Pas di bawah piagam Muafakat Nasional (MN) masih terbuka luas meskipun penyertaan mereka dalam Kerajaan Perpaduan seolah-olah menoktahkan hubungan berkenaan.
Pengerusi Sidang Assabiqun Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, meskipun berulang kali dikecewakan UMNO, Pas masih meletakkan sekelumit harapan agar UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kembali menjayakan agenda penyatuan ummah yang diusahakan selama ini.