Bukan jaminan kerajaan akan terus kekal
Iklan
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan menjadi bukti kesepakatan parti-parti yang membentuk kerajaan hari ini.
KEJAYAAN penganjuran Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang pertama kali diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad lalu, dengan kehadiran pemimpin atasan mahupun bawahan bagi setiap parti, memperlihatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencapai kesepakatan dan keharmonian.
Malah melalui ucapan-ucapan pimpinan tertinggi setiap parti, mereka mahukan segala pertelingkahan melibatkan parti-parti dalam kerajaan sebelum ini dilupakan demi memperkukuhkan lagi Kerajaan Madani.