Seteru parti politik tidak bersifat kekal
Iklan
Penganalisis sifatkan ia kebiasaan bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara
SHAH ALAM - Istilah ‘dahulu lawan sekarang kawan’ yang sering kali disebut pemimpin parti gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membuktikan bahawa perbalahan dalam politik negara adalah bersifat tidak kekal.
Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamad berkata, sifat dinamik itu merupakan satu kebiasaan yang bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di luar negara.