Kesan kenaikan OPR
Iklan
Kenaikan OPR berpotensi menyebabkan harga barang naik disebabkan peniaga terpaksa menanggung beban kenaikan OPR dan sebahagiannya diserap kepada pengguna.
PENULISAN kali ini, ia masih lagi berkisar berkenaan keputusan Bank Negara melalui Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 3 Mei 2023 lalu dengan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus.
Terbaharu, Bank Negara menyatakan bahawa kenaikan OPR bukan satu tindakan yang kejam dan menjelaskan kenaikan itu bagi mengawal inflasi daripada terus melonjak tinggi serta menjadi tidak terkawal. Persoalannya sejauh mana keputusan ini dapat mengawal kadar inflasi dalam negara?