Pelaburan luar KWSP untung
Iklan
KWSP melaporkan jika tidak kerana pelaburan di luar negara, keuntungannya bagi tahun kewangan 2022 adalah lebih rendah. - Foto Bernama
PADA 8 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya menambah pelaburan terus dalam negara. Beliau mahu pelaburan dalam kategori itu dinaikkan daripada 64 peratus tahun lalu kepada 70 peratus tahun ini.
Tidak salah bagi sesiapa pun memberi pandangan dan nasihat mengenai pelaburan jika faham mengenainya serta mempunyai maklumat sahih. Lagilah kalau orang itu ialah Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang ada kuasa ke atas badan-badan pelaburan awam.