Berselindung di sebalik skim sewa beli
Iklan
Taktik baharu menjual kereta secara skim sambung bayar kini semakin berleluasa dalam kalangan golongan penjual kereta terpakai dan mendatangkan risiko besar kepada pembelinya.
SHAH ALAM - Penjual kereta terpakai kini didapati menggunakan taktik baharu untuk menjual kereta menerusi skim sambung bayar kepada orang ramai.
Menerusi penyamaran yang dilakukan oleh wartawan Sinar Ahad mendapati, salah seorang penjual terbabit telah memperkenal skim sewa beli kenderaan kepada orang ramai.