Taktik satu logo beri kelebihan
Iklan
Gambar dari kiri: Ahmad Atory, Asyraf Wajdi dan Chean Chung.
SHAH ALAM - Penggunaan satu logo bagi parti-parti bersekutu dalam Kerajaan Perpaduan untuk mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) dilihat mampu memberikan kelebihan di kawasan strategik.
Penganalisis Politik, Dr Ahmad Atory Hussain berkata, taktik itu sebenarnya boleh 'memperdaya' pengundi terutama bagi yang kurang mengenali calon atau parti.