Mengapa warga emas perlu bekerja?
Iklan
Warga emas masih boleh melaksanakan pekerjaan dalam pelbagai sektor seperti golongan muda jika diberi peluang. - Gambar hiasan, gambar kecil: Johan Jaaffar
DI banyak negara maju, warga emas sudah menjadi sebahagian tenaga kerja yang penting. Ambil sahaja contoh Singapura, dari lapangan terbang antarabangsa di Changi sehinggalah tempat beli-belah, tenaga kerja warga emas kelihatan di mana-mana.
Menurut statistik terbaru, seorang daripada empat warga emas di Singapura masih bekerja. Malah menurut ramalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), peratus mereka yang berusia 65 ke atas yang bekerja pada tahun 2050 akan menjadi 47 peratus.