Menjadikah Langkah Rembau?
Iklan
Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengadakan pertemuan bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya pada Ahad. - Foto Facebook Annuar Musa
KELAKAR, memang kelakar. Sekumpulan kawan-kawan warga emas telah bertemu di majlis persandingan salah seorang sahabat kami di Subang Jaya. Saya turut gembira kerana dapat bertemu dengan kawan-kawan lama.
Masing-masing bertukar cerita. Ada yang buka bisnes sendiri, ada yang lega dapat berehat apabila baru bersara dan ada yang kembali ke kampung.