Pendapatan pesawah jatuh merosot
Iklan
Zulkifli menggunakan sabit bagi membuang padi angin yang menyerang tanamannya di Sungai Sireh, Sekinchan. - Gambar kecil: Zainal Abidin (kiri), Azmi, Bazli dan Sabli.
SEKINCHAN - Pesawah di sekitar Sekinchan dan Tanjong Karang di sini mengalami kerugian apabila hasil pengeluaran padi merosot berikutan cuaca panas melanda negara ketika ini.
Salah seorang daripada mereka, Zainal Abidin Zawawi, 63, berkata, perubahan monsun itu menyebabkan tanaman padi musim satu pada tahun ini terjejas teruk.