Kembalinya tradisi hari raya
Iklan
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir (tiga dari kiri) dan Tunku Zain (empat dari kanan) berkenan bergambar bersama tetamu yang memeriahkan Istana Terbuko sempena Aidilfitri baru-baru ini.
KEMBALINYA tradisi hari raya membawa kegembiraan yang tidak terperi kepada semua. Malah, ia mempunyai nilai pendidikan yang besar terutama bagi saudara-mara lebih muda yang tidak dapat merasainya sebelum ini disebabkan gangguan selama tiga tahun akibat Covid-19.
Oleh itu, dengan penuh ke-sungguhan, saya cuba menerangkan kepada anak sepupu saya tentang pelbagai aspek perayaan di Seri Menanti.