‘Musang king kita tiada tandingan‘
Iklan
Musang king Malaysia khususnya dari Raub dikatakan memiliki kualiti yang lebih baik berbanding musang king yang ditanam di negara lain. Gambar kecil dari kiri: Nicky, Mei Soon
KUANTAN - Permintaan dan pasaran eksport durian Malaysia tidak mungkin terjejas walaupun China dijangka menghasilkan raja buah itu dalam skala besar.
Pekebun durian di Raub, Nikcy Koh Kuan Heng, 35, berkata, ini kerana durian musang king Malaysia mempunyai kualiti, rasa yang sedap dan menepati cita rasa penggemar sama ada dari dalam atau luar negara.