Peminat motor besar akui laluan KL-Karak mencabar
Iklan
Zulkifli bergambar bersama isterinya ketika menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi baru-baru ini.
SHAH ALAM - Penunggang motosikal berkuasa tinggi mengakui Lebuh Raya Pantai Timur terutama dari Kuala Lumpur ke Karak sebagai laluan yang mencabar.
Bagi seorang pemilik motosikal Kawasaki Z1000SX, Zulkifli Noh, 54, lebuh raya itu memberi kepuasan kerana terdapat banyak selekoh tajam, serta laluan mendaki dan menurun.