Ukuran kemiskinan: Lihat kepada realiti kehidupan rakyat
Iklan
Kemiskinan adalah senario global dan dasar serta tahapnya ditetapkan berdasarkan kualiti hidup atau standard kehidupan di negara tersebut. Gambar kecil: Mohammad Shatar.
SHAH ALAM - Keadaan atau realiti kehidupan masyarakat adalah lebih signifikan berbanding melihat kepada tahap dan garis kemiskinan sesebuah negara.
Pakar sosial, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, jika pendapatan rakyat di negara ini rendah namun mendapat kemudahan asas daripada kerajaan dan pihak lain seperti kesihatan, pendidikan, elektrik serta air, ia dapat menjamin kualiti hidup masyarakat.