Akhbar 320 tahun tamatkan era cetak
Iklan
Wiener Zeitung menerbitkan editorial khas pada muka hadapannya bertajuk '1703-2023' pada edisi cetak terakhirnya pada Khamis.
VIENNA - Wiener Zeitung, salah satu akhbar tertua di dunia pada Khamis mengumumkan penamatan edisi cetaknya dan beralih ke platform digital.
Akhbar Austria itu hanya mengekalkan sekurang-kurangnya 10 penerbitan cetakan setahun, bergantung kepada pada dana yang ada.