Pilih mandi sungai sejukkan diri
Iklan
Orang ramai mengambil peluang memanfaatkan cuti dengan bermandi-manda di Taman Eko-Rimba Ulu Kenas, Kuala Kangsar berikutan cuaca panas.
KUALA KANGSAR - Cuaca panas terik menjadikan Taman Eko-Rimba Ulu Kenas, di sini menjadi tumpuan pengunjung yang ingin menikmati kesejukan air sungai.
Bagi Fauziah Hanim Idris, 41, kesempatan itu digunakan selain memanfaatkan waktu cuti Hari Raya Aidilfitri dengan beriadah bersama 29 ahli keluarga lain.