Tukar kerajaan tak seperti tukar baju
Iklan
Setiap kerajaan dalam demokrasi berparlimen seharusnya menerajui tampuk pemerintahan selagi Parlimen belum terbubar.
TUKAR baju boleh berlaku bila-bila masa. Kadangkala kita tukar baju kerana perlukan baju lain untuk aktiviti lain. Kadangkala kita tukar baju kerana berubah musim atau trend. Kadangkala kita tukar baju kerana gerak hati.
Paling biasa kita tukar baju kerana baju sudah basah dengan peluh atau kotor selepas berjam-jam dipakai.