PRN enam negeri disulami pelbagai kemungkinan luar biasa
Iklan
PRN enam negeri yang dijangka diadakan selepas bulan Jun bakal menyaksikan saingan sengit gabungan PH-BN menentang PN. (Gambar kecil: Mujibu)
DEBAR Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri yang dijangka diadakan selepas bulan Jun menyaksikan parti-parti politik bakal bertanding mula menyusun strategi ‘perang’ masing-masing.
Objektifnya hanya satu, meraih sokongan terbanyak dalam kalangan para pengundi di enam negeri terlibat PRN kali ini iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.