Pertempuran kembali meletus
Iklan
Kumpulan pertama rakyat Arab Saudi tiba di Jeddah selepas dibawa keluar dari Sudan pada Ahad.
KHARTOUM - Gencatan senjata 72 jam di Sudan gagal dipatuhi apabila pertempuran kembali meletus antara dua pihak yang bertelagah, menurut persatuan doktor pada Sabtu.
Hospital terus menjadi sasaran serangan dalam konflik tersebut yang menyaksikan pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan (SAF) dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).