Terapkan Al-Falah dalam pentadbiran institusi agama
Iklan
Wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Datuk Mohd Nai'im di JPN (Hal Ehwal Agama) di Kompleks Islam Putrajaya. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
PENGALAMAN luasnya dalam undang-undang Syariah negara menepati pelantikannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Beliau yang merupakan bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah adalah seorang daripada empat individu bukan dalam kalangan Ahli Parlimen yang dilantik menganggotai Jemaah Menteri menerusi pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara.