'Sukar tidur nyenyak, risau rakyat tidak beraya'
Iklan
Ketiadaan peruntukan tahunan ahli Parlimen diterima wakil rakyat pembangkang tidak menghalang Wan Ahmad Fayshal untuk terus menyalurkan bantuan Aidilfitri kepada kakitangan awam yang bertugas pada bulan Ramadan.
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal mendedahkan tanggungjawab berat wakil rakyat pembangkang yang tidak menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan, menyebabkan beliau sukar tidur nyenyak menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Hal ini kerana Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mendedahkan kebimbangan beliau bahawa terdapat kemungkinan ada sebilangan golongan rentan yang hidup susah di kawasannya, tidak dapat menyambut perayaan utama umat Islam itu disebabkan kegagalannya menyalurkan bantuan sewajarnya.