'Duta' tikus tunjuk kebolehan bantu tugas manusia
Iklan
Pakar penjagaan hidupan liar Zoo San Diego, Lauren Credidio memberikan manisan kepada Runa, seekor tikus gergasi Afrika, selepas ia berjaya mencari dan menemui kantung teh chamomile semasa pembentangan di zoo berkenaan pada minggu lalu. - Agensi
SAN DIEGO - Tikus sememangnya sudah sekian lama menjadi mangsa prejudis manusia, tambahan pula ia dilihat lebih membawa kemudaratan berbanding kebaikan.
Namun, tikus gergasi Afrika bernama Runa di Zoo San Diego, Amerika Syarikat (AS), ia 'berusaha' sebaik mungkin untuk menghilangkan stigma buruk manusia.