Along terima lebih 20 permohonan pinjaman sehari
Iklan
Sebuah syarikat pinjaman wang mendedahkan lebih 20 orang setiap hari membuat permohonan pinjaman untuk kegunaan hari raya.
Ada peminjam mahu sewa atau beli kereta baharu balik raya
SHAH ALAM - Sebuah syarikat pinjaman wang di sini mendedahkan, mereka tidak lengang dengan pelanggan yang ingin membuat pinjaman sebanyak RM5,000 sehingga RM10,000 setiap hari semata-mata untuk menyambut hari raya.
Pegawai pemasaran jualan dikenali Ah Kuan, 30, berkata, mereka menerima lebih daripada 20 permohonan sehari semasa bulan Ramadan.