Darihal khusyuk dan fokus
Iklan
Kelihatan seekor kucing berada di atas bahu Sheikh Walid Mehsas ketika sedang memimpin solat tarawih.
Baru-baru ini telah tular sebuah video dari Algeria mengenai seorang imam dan kucing. Tatkala Sheikh Walid Mehsas sedang memimpin solat tarawih, seekor kucing telah melompat ke tubuhnya.
Surah apa yang dibaca oleh Pak Imam itu hingga membuatkan makhluk itu tertarik dan berkeliaran mengelilingi Sheikh Walid sebelum melompat ke tubuh imam itu? Pak Imam kelihatan khusyuk membaca surah sambil memejamkan mata.