Pesakit alami batuk, demam meningkat
Iklan
Cuaca panas berkemungkinan antara faktor menyumbang kepada gejala penyakit batuk dan demam. - Gambar hiasan 123RF, gambar kecil: Alya Amirah
SHAH ALAM - Jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik swasta kerana mengalami gejala batuk dan demam didapati meningkat susulan cuaca panas dan jerebu ketika ini.
Bagaimanapun, menurut salah seorang pemilik klinik swasta, Dr Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin, punca sebenar pesakit yang datang mendapatkan rawatan tidak dapat dipastikan.