'Kipas, penyaman udara laku'
Iklan
Kipas angin dan penyaman udara antara barangan di kedai peralatan eletrik yang mendapat permintaan tinggi pengguna dalam situasi cuaca panas ketika ini. Gambar kecil dari kiri: Johnson You, Umar, Rohidin
KUANTAN - Alat penyaman udara dan kipas angin menjadi item terlaris di kedai-kedai barangan elektrik ekoran cuaca panas ketika ini.
Rata-rata peniaga di daerah ini mengakui peningkatan permintaan terhadap dua peralatan itu 100 peratus sejak dua minggu lalu, berbanding hari-hari sebelumnya.