Pesakit keletihan haba meningkat
Iklan
Seramai 29 pesakit di Pulau Pinang mendaftar kerana pelbagai penyakit disebabkan cuaca panas dan jerebu.
GEORGETOWN - Cuaca panas yang melanda Pulau Pinang sejak akhir-akhir ini, menjadi salah satu penyebab jumlah pesakit luar di beberapa klinik di negeri ini meningkat.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, jumlah pesakit yang menunggu untuk mendapatkan rawatan lebih ramai berbanding sebelum ini.