Pegawai menteri ditahan 'makan suap' memalukan, rugikan negara
Iklan
Amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam perlu dihentikan dengan segera. (Gambar kecil dari kiri: Nurhayati, Tharma Pillai, dan Hamdan
TIDAK sampai setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, sudah kedengaran pegawai-pegawai menteri yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dek kerana rasuah.
Terbaru, seorang pegawai kanan menteri dicekup dalam satu serbuan oleh SPRM, difahamkan penahanan itu dipercayai berhubung isu pengambilan pekerja asing.