Jualan mercun, bunga api secara online ingkar arahan KDN
Iklan
Masih ada yang menjual mercun dan bunga api dalam talian walaupun dilarang oleh KDN.
SHAH ALAM - Penjualan mercun dan bunga api secara dalam talian dilihat semakin ‘rancak’ menjelang hari raya walaupun larangannya telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Tinjauan di media sosial seperti Facebook, TikTok, Telegram dan WhatsApp mendapati, penjualannya dibuat secara terbuka malah turut melibatkan jualan secara borong.